Assalamualaikum,
Yang Amat Berhormat,Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Saya merupakan seorang mahasiswi jurusan ukur bangunan Tahun ke-3 dari Universiti Malaya.Baru-baru ni pihak TV3 (bertarikh 30 Januari 2011) membuat liputan berkenaan hala tuju jurusan Ukur Bangunan yang sehingga kini masih lagi tiada akta.
Liputan terbabit menyebabkan saya dan kawan2 seperjuangan saya khuatir dengan masadepan kami. Untuk pengetahuan Dato, kami (seluruh siswa-siswi dan graduan-graduan UkurBangunan) telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk belajar dalam bidang ini.Saya ingin bertanya kepada pihak datuk, ke mana arah tuju kami selepas kami menamatkanpelajaran? Adakah kami terpaksa menumpang dalam kerjaya lain?Untuk pengetahuan Dato jurusan Ukur Bangunan telah diwujudkan di bawah Sektor SelenggaraJabatan Kerja Raya yang telah diluluskan pada Ogos 2007 semasa penyusunan semulaorganisasi jabatan kerja raya. Ini jelas menunjukkan kerjaya Ukur Bangunan sangat pentingdalam sektor pembinaan. Seperti yang Dato dapat lihat isu stadium runtuh di Terengganu dankebocoran di Bangunan Parlimen adalah salah satu contoh kurangnye penglibatan professiondari jurusan Ukur Bangunan dalam industri pembinaan.Selain itu, jurusan ini juga telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan KementerianKewangan sebagai suatu profession khusus dalam bidang selenggaraan bangunan. Malahan, jurusan ini selaras dengan dasar pendidikan tinggi di mana IPT-IPT di Malaysia banyakmelahirkan para graduan dari jurusan ini.Jurusan ini juga telah berdaftar dan diiktiraf sah oleh ISM dan RICS. Tambahan pula padatahun 2007, Dato Samy Vellu pernah berjanji akan mengeluarkan akta ini dalampembentangan parlimen, namum sehingga kini akta ini masih belum diwujudkan.
Saya percaya dengan kepimpinan pihak Dato dan kami harap Dato dapat menyelesaikan isu nidengan mewujudkan satu akta Jurusan Ukur Bangunan kerana ia adalah
janjidari pihak Dato.Semua ni adalah demi masa depan kami.Terima kasih di atas kesudian Dato untuk membaca aduan ini.
Saya akhiri dengan ucapan Assalamualaikum wbt.