Thursday, 15 November 2012

INFO-Universiti Teknologi Mara





INFO - Universiti Teknologi MARA

Daripada 24 buah universiti yang wujud di seluruh Malaysia, satu-satunya universiti yang dikhaskan untuk Bumiputera-Melayu-Pribumi hanyalah UiTM. Manakala untuk kaum-kaum lain, mereka mempunyai pelbagai universiti yang dimiliki oleh taukeh-taukeh besar bangsa mereka sendiri, terutama yang dimiliki oleh entiti-entiti seperti Dong Jiong.

Berbekalkan kredit wajib untuk matapelajaran Bahasa Melayu, dan tiga kredit yang lain, anda (yang berbangsa Melayu-Bumiputera-Pribumi sahaja) sudah boleh memasuki UiTM sama ada untuk kursus pra mahupun diploma bagi kursus-kursus yang ditawarkan seperti perakaunan dan pra-sains (kejuruteraan dsbg)

UiTM memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta setiap tahun untuk 5000 orang pelajar semester baru.

Paling menarik apabila UiTM turut memberikan RM400 sebulan kepada para pelajar dari golongan miskin iaitu RM300 untuk duit poket, manakala RM100 untuk bahan kuliah. Apa yang diperlukan untuk pelajar-pelajar baru UiTM menikmati kelayakan ini ialah:

(1) Salinan keputusan SPM
(2) Salinan kad pengenalan dan surat beranak calon
(3) Salinan kad pengenalan dan surat beranak ibu bapa calon.
(4) Penyata pendapatan ibu bapa atau surat pengesahan pendapatan atau suratuntuk mengesahkan ibu bapa calon mempunyai pendapatan kurang dari RM2000 sebulan.

Selain itu, UiTM tidak lagi mengenakan bayaran untuk borang permohonan kemasukan seperti universiti-universiti lain atau dengan kata lain, permohonan adalah PERCUMA. Selain itu, UiTM juga tidak mengenakan yuran tusyen dan yuran kemasukan (untuk pelajar yang layak).

Lebih menarik apabila UiTM memberikan peluang kepada calon-calon SPM untuk memohon dengan 4 kredit (Bahasa Melayu wajib). UiTM sedang berusaha untuk menyasarkan 16,000 orang akauntan Melayu yang sekarang jumlah mereka tidak lebih 1000 orang.

Jangan sesekali mempertikaikan UiTM adalah hak bumiputera

Sesiapa pun yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran di UiTM itu sebenarnya tidak hanya melangkaui sempadan kaum, tetapi turut mencabar undang-undang negara.

Malah, mereka juga sebenarnya merendah-rendahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan apa yang termaktub di bawah Akta UiTM 2000 merupakan pindaan dari Akta ITM 1976 yang menyatakan penubuhan universiti itu tertakluk kepada peruntukkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 yang menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak yang mana tanggungjawab memelihara keistimewaan kumpulan bumiputera itu terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, dasar UiTM sejak penubuhannya hampir 52 tahun lalu iaitu eksklusif kepada pelajar Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja dikekalkan semasa Akta UiTM diluluskan oleh Parlimen pada 2000.

Fikirkanlah tentang nasib anak bangsa,jangan hanya pentingkan diri sendiri dan sombong

Hakikat yang perlu diterima, orang Melayu sehingga kini masih jauh ketinggalan dalam banyak bidang dengan bangsa lain, dan salah satu ruang untuk orang Melayu memajukan diri ia- lah di UiTM.

Dengan peranan UiTM memperkasakan orang Melayu, bukanlah bermaksud UiTM membelakangkan semangat perpaduan di kalangan kaum di negara ini, kerana bangsa lain tidak pernah dinafikan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang setaraf, malah lebih baik lagi dari UiTM.

Terlalu banyak IPT yang dibuka tanpa sebarang had kepada kaum bukan bumiputera, lalu kenapa UiTM yang merupakan satu-satunya institusi untuk orang Melayu selaras dengan hak eksklusif bumiputera ini mahu dirampas?

Jika merasakan bahawa orang melayu memang lemah,apa peranan dan tanggungjawab kamu dalam memajukan Agama,Bangsa dan Negara?Apakah dengan menghina dan memberi hujah-hujah memperlekehkan bangsa sendiri membuatkan kamu merasa gah dan hebat?

Akhir kata

Janganlah kita bercerita tentang negara luar dan secara berlebihan mendewa-dewakan acuan barat.Negara kita tangungjawab kita,dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung,hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.

Keistimewaan UiTM tiada kat mana-mana universiti lain dalam dunia ni. Jati diri sebagai seorang MELAYU dan ISLAM bertambah di sini, bangsa sendiri dihormati dan bangsa lain juga disayangi kerana pensyarah dan staf mereka juga berbangsa CINA, INDIA dan sebagainya. Adat dan adab MELAYU dijaga, kesopanan dan kesusilaan menjadi tonggak utama dalam UiTM.Janganlah hanya kerana seekor kerbau membawa lumpur,semua dihukum sedemikian.Dalam setandan kelapa,bukan semua elok,apakah kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar?

Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...