Assalamualaikum,
Yang Amat Berhormat,Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Saya merupakan seorang mahasiswi jurusan ukur bangunan Tahun ke-3 dari Universiti Malaya.Baru-baru ni pihak TV3 (bertarikh 30 Januari 2011) membuat liputan berkenaan hala tuju jurusan Ukur Bangunan yang sehingga kini masih lagi tiada akta.
Liputan terbabit menyebabkan saya dan kawan2 seperjuangan saya khuatir dengan masadepan kami. Untuk pengetahuan Dato, kami (seluruh siswa-siswi dan graduan-graduan UkurBangunan) telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk belajar dalam bidang ini.Saya ingin bertanya kepada pihak datuk, ke mana arah tuju kami selepas kami menamatkanpelajaran? Adakah kami terpaksa menumpang dalam kerjaya lain?Untuk pengetahuan Dato jurusan Ukur Bangunan telah diwujudkan di bawah Sektor SelenggaraJabatan Kerja Raya yang telah diluluskan pada Ogos 2007 semasa penyusunan semulaorganisasi jabatan kerja raya. Ini jelas menunjukkan kerjaya Ukur Bangunan sangat pentingdalam sektor pembinaan. Seperti yang Dato dapat lihat isu stadium runtuh di Terengganu dankebocoran di Bangunan Parlimen adalah salah satu contoh kurangnye penglibatan professiondari jurusan Ukur Bangunan dalam industri pembinaan.Selain itu, jurusan ini juga telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan KementerianKewangan sebagai suatu profession khusus dalam bidang selenggaraan bangunan. Malahan, jurusan ini selaras dengan dasar pendidikan tinggi di mana IPT-IPT di Malaysia banyakmelahirkan para graduan dari jurusan ini.Jurusan ini juga telah berdaftar dan diiktiraf sah oleh ISM dan RICS. Tambahan pula padatahun 2007, Dato Samy Vellu pernah berjanji akan mengeluarkan akta ini dalampembentangan parlimen, namum sehingga kini akta ini masih belum diwujudkan.
Saya percaya dengan kepimpinan pihak Dato dan kami harap Dato dapat menyelesaikan isu nidengan mewujudkan satu akta Jurusan Ukur Bangunan kerana ia adalah
janjidari pihak Dato.Semua ni adalah demi masa depan kami.Terima kasih di atas kesudian Dato untuk membaca aduan ini.
Saya akhiri dengan ucapan Assalamualaikum wbt.
Perlu difahami bahawa kewujudan akta juru ukur bangunan bukanlah satu kewajipan yang perlu dipenuhi oleh pihak kerajaan dalam memastikan peluang dan ruang profesion ukur bangunan berkembang di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa akta juru ukur bangunan ini penting, tapi tidak bermakna tanpanya profesion ini tidak wujud! Dengan adanya penawaran tempat kepada pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur bangunan di universiti tempatan; skim gaji bagi jawatan ukur bangunan yang diiktiraf oleh SPA; kesedaran serta kebergantungan negara kepada pengurusan aset yang semakin baik; penempatan juru ukur bangunan dalam JKR; profesion ini tampak semakin cerah walaupun akta belum wujud. Percayalah, perkembangan positif ini dengan sendirinya akan "memaksa" pihak berkenaan mewartakan akta berkenaan.
ReplyDeleteSebagai pencerahan terutamanya kepada para pelajar ukur bangunan, tujuan akta adalah untuk melindungi kepentingan orang ramai (disebut disini sebagai pihak yang mendapat/menggunakan khidmat yang ditawarkan).
Pada sisi pengamal bidang ukur bangunan pula, akta ini bertujuan untuk "mengawal" @ sebagai penentu keperluan minimum yang perlu dilaksanakan semasa memberikan perkhidmatan kepada orang awam.
Oleh itu, kewujudan akta tidak pada tahap yang amat mendesak sehingga apabila ketiadaannya akan menutup periuk nasi warga ukur bangunan untuk maju berkembang sebagai pengamal industri. Namun, kewujudan akta akan lebih berjaya sekiranya kita (warga ukur bangunan) menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi berdasarkan konsep "Due & Diligence".
Selamat maju jaya warga ukur bangunan semalaysia!!
Perjuangan akta adalah seperti mendapatkan publisiti dan kredit. Tidak lain dan tidak bukan bertindak sebagai security untuk segala perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Sesungguhnya ia tidaklah sepenting di suatu tahap membimbangkan. Cuma jika ada akta, kita boleh menempatkan nama sebaris arkitek dan jurutera awam walaupun kita memang setaraf dari segi skop kerja dan tangga gaji.
ReplyDeleteItu sahaja dan semoga jumlah pelajar juruukur bangunan di Malaysia bertambah seiring dengan kesdaran mendapatkan kredit yang sepatutnya kita terima seperti profesion yang lain. Hidup BS!!!
TINY Dental Implants and Periodontics (Tintes)
ReplyDeleteVitamin D titanium price per ounce and Tintes in titanium wood stove Tintes urban titanium metallic is a nutrient that is essential toaks titanium for bone and other essential aftershokz trekz titanium bones and can also be used for body mass
zi767 nfl jerseys,Cheap Jerseys from china,wholesale jerseys,Cheap Jerseys from china,wholesale nfl jerseys,nfl shop,wholesale jerseys,cheap nfl jerseys,Cheap Jerseys free shipping ib697
ReplyDelete