Sunday 25 November 2012

JADUAL PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA(MDS)-PRA DIPLOMA & DIPLOMA


Di sini pihak admin telah melampirkan jadual bagi "PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA(MDS)" bagi pelajar pra diploma dan diploma Fakulti Ukur Bangunan dan lain-lain. Di harap semua arahan serta program dapat di ikuti dengan sebaik-baiknya.

INFO-KERATAN ACUAN KONKRIT BAGI RASUK LANTAI(GROUND BEAM)


INFO-FORMWORK(ACUAN KONKRIT)


Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan

Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan.

Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat.


Bahan-bahan Yang digunakan Untuk Acuan

Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa digunakan ialah :

1. Papan dan papan lapis
2. Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya
3. Kaca gentian dan plastik gentian


Papan Dan Papan Lapis

Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.

Logam

Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat.

Kaca Gentian dan Plastik Gentian

Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri.

Pembinaan Acuan

Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut :

Kualiti

Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk acuan hendaklah mengandungi kemudahan untuk menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila membuka acuan.

Keselamatan

Keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan. Ia hendaklah dimulakan dari peringkat perancangan dan pengurusan. Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya dikawal dengan rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa.

Ekonomi

Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan dan kemahiran pekerja sedia ada.


Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan


Bil Bahagian Acuan Jangkamasa

1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari)

2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari)

3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari)

4.Papan bawah ( yang dibebankan)=(28 hari)


* Sebarang beban tidak boleh dibebankan sebelum 28 hari

Friday 23 November 2012

INFO-CERUCUK(PILE)


Cerucuk (Pile)

Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Adalah satu daripada caranya ialah menggunakan cerucuk. Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

1.Cerucuk Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile)
iaitu cerucuk di tahan oelh lapisan tanah keras atau batu – Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerucuk-cerucuk ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerucuk-cerucuk berdasar kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.

2.Cerucuk Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) 
iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerucuk ini ditnggung oleh daya geseran diantara tanah dan permukaan cerucuk. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerucuk ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.

Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada :
i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.
ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi
iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement Concrete pile.

Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :

i.Cerucuk Bakau
Saiz 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan
Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.

ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas & keruing
Beban yang dibenarkan 8-15 tan

iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile )
Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15”
Beban yang dibenarkan 42– 65 tan

iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu
Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16”
Beban yang dibenarkan 45 –110

v.Cerucuk keluli H
Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12”
Beban yang dibenarkan 50 – 150

vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18” – 160” bulat
Beban 60 – 1000 tan.

Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerucuk adalah seperti berikut:

Kayu – kayu bakaru atau kayu lain yang terawet
Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)
                  Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas)
                                       Konkrit (bahagian atas)
•Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan

2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina
Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan.

Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapakbina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama

3.Cerucuk Kayu
Kayu bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk. Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil Dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi. Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm..

4.Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 200 x 200 hingga 400 x 400 mm.


5.Cerucuk Keluli
Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.

6.Kumpulan Cerucuk
Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya Dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan yang sempurna, cerucuk-cerucuk digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia begitu berkait rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada permukaan atas cerucuk, dibina pula tetopi cerucuk berulang Dan memindahkan bebanan tiang ke kepala cerucuk.

1.Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan.

2.Dowel berjoint / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling.

3.Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah :

i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut
ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras
iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu

Thursday 22 November 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...