Monday, 19 November 2012

INFO-KERJA-KERJA SAMBUNGAN DAN BAIKPULIH BANGUNAN DI MALAYSIA



KERJA-KERJA SAMBUNGAN DAN BAIKPULIH BANGUNAN DI MALAYSIA

PENGENALAN

Kerja Pembaikan dijalankan untuk menangani masalah kegagalan dan kecacatan terhadap kemudahan dan peralatan bangunan yang meliputi ketidaksesuaian kaedah dan bahan-bahanyang digunakan dalam pembinaan. Maka, wajar perkhidmatan ditumpukan pada peringkat awal setelah pembinaan selesai. Pembaikan segera dapat mengurangkan keperluan penyenggaraan yang lebih kerap pada kemudian hari. Kerja pembaikan dilaksanakan berdasarkan kepada aduan dan laporan pengguna atau pemilik berkenaan kerosakan komponen-komponen bangunan seperti pam tandas, lampu, pendingin udara dan sebagainya yang menjejaskan keselesaan pelbagai pihak. 

Setiap bahan, komponen dan peralatan bagi sesebuah bangunan mempunyai tahap dan kadar kerosakan yang berbeza yang dipengaruhi oleh kualiti, persekitaran, dan kekerapan penggunaannya. Oleh itu, kerja penggantian digunakan bagi memastikan setiap item-item ini yang berada pada tahap kritikal digantikan apabila tindakan pembaikan tidak dapat dibuat. Pemeriksaan berjadual perlu dilakukan berterusan terhadap setiap item yang direkodkan bertujuan mengenalpasti kegagalan dan kerosakan. Penggantian dapat mengelakkan kesan buruk terhadap prestasi dan fungsi bangunan. Di antara item yang perlu diperhatikan terdiri daripada aspek struktur, mekanikal, sistem elektrik dan sistem air yang merupakan nadi utama kepada bangunan-bangunan.

Perlindungan melibatkan kerja-kerja yang bertujuan untuk mengawal fungsi, prestasi termasuk penampilan sesebuah bangunan. Perlindungan perlu diberikan sepanjang hayat bangunan terbabit kerana bangunan sentiasa terdedah kepada kerosakan dan kecacatan yang disebabkan oleh faktor seperti cuaca, kekerapan penggunaan dan lain-lain. Perlindungan dapat mencegah sebarang kecacatan dan kerosakan yang lebih serius di masa hadapan. Ia dapat menjamin ketahanan setiap komponen sepanjang penggunaannya. Contohnya, tindakannya ialah mengecat pada permukaan luar bangunan untuk mengawal reaksi cuaca dan serangan kulat atau fungsi.


DEFINISI STRUKTUR BANGUNAN



ASAS

Asas ialah unsur bangunan yang dibina khusus untuk menangung keseluruhan berat bangunan( beban mati dan beban dikenakan) dan memindahkan beban tersebut kepada tanah.Pada kebiasaanya,asas dibina dengan kedalaman satu hingga satu setenggah meter daripada aras permukaan tanah.


LANTAI

Lantai adalah permukaan yang rata untuk menanggung beban penghuni,perabut,alatan dan kadang-kadang dinding dalam.Mengikut undang-undang kecil bangunan,lantai merupakan permukaan mana-mana tingkat bangunan termasuk rasuk,papan,batu,konkrit,besi atau apa-apa bahan yang ada kaitan dengan atau menjadi sebahagian daripada permukaan tersebut.


DINDING

Dinding merupakan satu struktur yang biasanya dalam keadaan pugak.Tujuan dinding dibina adalah untuk melindungi bangunan atau bertindak sebagai pembahagi kepada ruang-ruang atau bilik-bilik. 


TANGGA

Tangga ialah bahagian laluan masuk atau penghubung antara lantai dalam sesebuah bangunan.Sesuatu binaan tangga mengandungi beberapa tingkat atau anak tangga yang di gunakan untuk kemudahan turun naik dari satu tingkat bangunan.Ia sama ada dibina dalam satu larian terus atau mengandungi beberapa pelantar.Oleh itu tangga boleh dibina samada dalam satu larian yang lurus atau membelok.Tiap-tiap anak tangga mengandungi bahagian yang mengufuk iaitu tempat untuk berpijak dan bahagian pugak yang menutupi ruang di antara jejak-jejak.


BUMBUNG

Bumbung merupakan elemen bangunan yang paling atas.Fungsi bumbung adalah untuk melindungi bangunan daripada hujan,panas,dan angin.Ada kalanya bumbung berfungsi sebagai melepaskan cahaya matahari ke dalam bangunan.Ia juga dibina supaya haba tidak meresap keluar terlalu banyak melaluinya.Selain itu ada kalanya bumbung boleh menambahkan kecantikan pada bangunan.


SENARAI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN

 Kelembapan
 Kecacatan cat 
 Keretakan
 Karat dan reput


Definisi kelembapan

Kelebapan sering berlaku pada tembok,lantai dan siling dalam bangunan.Sifat ini mengakibatkan permukaan tembok dan siling itu bertompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembab.Keadaan seperti ini menimbulkan suasana dalam bangunan tersebut kurang sihat.


Kesan-kesan jika berlaku kelembapan

Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada penghuninya.Kesan-kesan yang berikut sering berlaku antara kesan-kesan yang sering berlaku adalah:

a) Bahagian-bahagian buatan besi berkarat
b) Lepa pada tembok dan siling berperoi dan tanggal
c) Kemasan lantai tidak lekat pada dasarnya
d) Bahagian-bahagian buatan kayu menjadi reput
e) Cat mengelupas dan tanggal
f) Permukaan bata berlumut
g) Pemasangan dawai letrik menjadi rosak
h) Suasana kurang sihat untuk kediaman


Cara-cara mengatasi


Kelembapan dapat di cegah yang tertentu semasa merancang dan membina bangunan tersebut. Beberapa factor yang di ambil kira semasa merancang bangunan ialah cuaca tempatan,kedudukan bangunan,reka bentuk bangunan dan penyeliaan rapi semasa kerja pembinaan di jalankan. Tindakan-tindakan yang lazim di ambilkan pada bangunan di Malaysia dan Negara-negara tropical ialah mengunakan lapisan kalis lembab secara mendatar atau menegak pada tempat-tempat yang tertentu dalam tembok,lantai dan bumbung di mana kemungkinan besar kelembapan akan berlaku. Selain dari lapisan kalis lembab,kelembapan boleh di cegah dengan mengadakan lumrah hujan di bawah ambang tingkat atau ambang pintu untuk menghalang air hujan daripada mengalir masuk.


Definisi Kecacatan cat

Lapisan cat memerlukan penyenggaraan yang tetap dan berterusan untuk menjaga permukaanya supaya sentiasa baik. Penjagaan yang di perlukan adalah dengan mencuci permukaan untuk mengeluarkan habuk dan kotoran bagi memanjangkan hayat cat. Di samping itu,lapisan permukaan dan lapisan yang lain juga perlu di tambah.

Kecacatan cat adalah bahan moden yang di perbuat daripada bahan-bahan terbaik perlu di periksa dengan teliti sebelum digunakan supaya kemungkinan berlakunya kegagalan pada bahan-bahan tersebut dapat di minimumkan. Pembuat juga mengeluarkan arahan tentang cara-cara mengunakan bahan tersebut dan ini perlu di ikuti. Walaubagaimanapun kecacatan mungkin juga berlaku dalam pelbagai keadaan disebabkan oleh pelbagai punca seprti mutu kerja yang rendah dalam menyediakan permukaan dan meletakan bahan-bahan. Punca-punca yang lain adalah kurang pengetahuan tentang bahan,yang menyebabkan kesilapan pemasangan di tempat yang tidak sepatutnya. Ada juga kemungkinan lapisan bahan tidak melekat ke permukaan di sebabkan keadaan yang lembap 


Kecacatan yang disebabkan oleh punca-punca bagi sesuatu lapisan cat 



1. Mengelembung (blistering)

Permukaan cat menjadi menggelembung apabila kelembapan terperangkap di bawah lapisan cat. Kelembapan yang terperangkap akan menolak lapisan cat menjadi gelembung-gelembung kecil. Ini akan menghalang lapisan tersebut melekat pada permukaan dasar. Lapisan cat yang yang mengalami kerosakan seperti ini perlu di buang dan di gantikan dengan cat yang baru. Apa yang penting ialah punca kelembapan di hindarkan terlebih dahulu.


2. Penjujuhan (bleeding)

Ini merupakan penyebaran bahan berwarna seperti bitumen,kreosot,enapan dammar dan lain-lain lagi yang di gunakan pada permukaan dasar. Kecacatan yang terjadi perlu di buang. Bahan pengalis stypic knotting atau cat asas aluminium perlu di letakan terlebih dahulu sebelum lapisan cat baru di sapu untuk mengelakan kesan penyebaran warna tersebut.


3. Berkapur (chalking)

Permukaan cat menjadi debu atau bertepung disebabkan oleh pendedahan luaran. Cat berkapur perlu di keluarkan dan permukaan dasar di basuh untuk mendapatkan permukaan yang baik. Permukaan dasar kemudianya di kaliskan dan di sapu dengan cat baru.


4. Cissing 

Cissing ialah keretakan halus di permukaan lapisan pengemas di sebabkan perbezaan tegangan,permukaan keadaan ini berlaku apabila lapisan asas di sapu di atas lapisan permukaan yang berminyak atau bergris. Lapisan pengemas yang di letakan di atas lapisan asas yang berminyak juga akan memberikan kesan yang sama.


5. Keperoian 

Keperoian merupakan pembentukan hablur-hablur putih di permukaan cat atau di bawah lapisan cat. Hablur ini terbentuk hasil pemeluwapan larutan garam daripada struktur batu bata. Keperoian ini mencacatkan rupa cat dan merosakan lapisan cat. Keperoian yang berlaku hendaklah di bersihkan,di biarkan kering untuk beberapa ketika untuk melihat perkembangannya. Jika kesannya sudah hilang,cat yang baru boleh di sapukan.


Definisi keretakan

Retak pada permukaan atau peda sambungan tembok merupakan kecacatan yang paling lazim di alami dalam pembinaan tembok bata dan konkrit. Keretakan berpunca daripada beberapa kemungkinan seperti :

1. Pengecutan dan pengembangan yang berlaku pada tembok kerana cuaca berubah.

2. Mendapan berlaku kerana beban binaan yang berlebihan atau kegagalan asasnya.

3. Kekurangan dalam rekabentuk seperti besi tetulang yang tidak mencukupi dan sebagainya.

4. Kesilapan dalam kerja dan pengawalan seperti bata tidak dibasahkan sebelum di ikat, pengawetan tidak dilakukan, bancuhan mortar tidak mengikut nisbah yang ditentukan dan sebagainya.

5. Bahan-bahan yang bermutu seperti pasir mengandungi kelodak berlebihan dan sebagainya.


Kerosakan dan kemusnahan pada konktit bertetulang

Struktur konkrit bertetulang memerlukan penyenggaraan minimum walaupun ianya mempunyai ketahanlasakan yang tinggi berbanding bahan binaan yang lain. Ini disebabkan oleh konkrit tersebut akan mengalami kerosakan seperti keretakan atau kemusnahan disebabkan oleh beban berlebihan atau keadaan persekitaran. Bagi memastikan kaedah pembaikan yang sesuai dijalankan, beberapa proses perlu dibuat dengan teliti mengikut langkah-langkah seperti berikut :

(i) Pemeriksaan awal di tapak bangunan.
(ii) Penyiasatan dan ujian makmal terhadap sampel dijalankan.
(iii) Menganalisa dan membuat kesimpulan tentang jenis kerosakan.
(iv) Menentukan kaedah pembaikian serta kosnya.
(v) Kerja-kerja pembaikan dilakukan.
(vi) Kerja-kerja pemantauan terhadap pembaikian kerosakan dijalankan.

Sebelum menilai tahap kerosakan yang dialami oleh konkrit dan kaedah untuk membaikinya, maka kerja-kerja pemeriksaan dan penyiasatan bagi menentukan punca kerosakan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu. Contoh kes seperti kebakaran, kerosakan konkrit jenis ini boleh dilihat dengan nyata. Walaubagaimanapun kerosakan yang lain memerlukan penyiasatan dan ujian-ujian tertentu bagi menentukan punca kerosakannya. Tidak semua kerosakan berlaku secara tiba-tiba, sebagai contohnya pemendapan yang berlaku pada asas bangunan atau lebihan beban, keretakannya berlaku dengan mengambil masa yang panjang. Kemusnahan yang dialami oleh konkrit pula mengambil masa yang lama setelah binaan siap. Berdasarkan pengalaman, kemusnahan konkrit ini agak sukar dikenalpasti puncanya. Pembaikian ke atasnya biasanya memerlukan kerja-kerja pembaikian semula memandangkan kesukaran mengenalpasti punca sebenar berlakunya kemusnahan konkrit.


Keretakan pada konkrit


Kerosakan atau kemusnahan konkrit boleh dikatakan berlaku apabila keretakan mula kelihatan. Dengan itu penyiasatan terhadap jenis atau corak keretakan akan memberikan petanda awal untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan konkrit itu berlaku. Perlu diingatkan rekabentuk konkrit bertetulang adalah bedasarkan kepada keratan keretakan dan kebanyakan kes bagi keretakan halus atau ’crazing’ yang tidak melibatkan kes pengaratan keluli atau tindakbalas alkali-aggregat ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibaiki. 
Keretakan berlaku apabila daya tegangan melebihi kekuatan tegangan pada waktu ianya berlaku. Beberapa keretakan berlaku sebaik sahaja konkrit dituang iaitu konkrit pada tahap plastik. Jika keretakan pada tahap plastik ini termasuk pengecutan awal suhu menjadi lebar ianya akan menyebabkan pengaratan keluli berlaku kerana terdedah dengan persekitaran. Keretakan konkrit pada tahap ’hardened’ pula disebabkan oleh beban yang berlebihan, pergerakan asas bangunan,
kebakaran ataupun konkrit yang terdedah kepada persekitaran yang teruk.
Klasifikasi retak
Semasa siasatan dijalankan terhadap kerosakan struktur konkrit, keretakan selalunya diklasifikasikan mengikut keadaan semulajadi, arah dan lebar keretakan seperti berikut :

(i) Klasifikasi Retak berdasarkan Arah iaitu ’longitudinal
cracks’,’transverse cracks’, ’diagonal cracks’ atau ’random cracks’.

(ii) Klasifikasi Retak berdasarkan Lebar iaitu ’hairline cracks (0.1mm), ’fine cracks (0.1mm – 1mm), ’medium cracks’(1mm – 2mm) dan ’wide cracks’ (> 2mm). Keretakan yang tidak aktif ialah keretakan di mana lebarnya tidak berubah. Keretakan ini dibaiki dengan menggunakan bahan yang ’rigid’. Manakala keretakan yang aktif pula diistilahkan sebagai keretakan di mana lebarnya berubah-ubah kerana pertambahan atau pengurangan beban dan apabila perubahan suhu berlaku. Bahan untuk membaiki keretakan ini hendaklah dari jenis ’flexible’ keran ia dapat membenarkan pergerakan keretakan tersebut. Keretakan menjadi lebih aktif apabila lebarnya semakin bertambah dengan masa terutama keretakan ini disebabkan oleh berlakunya pengaratan keluli atau pergerakan asas bangunan. Kerja-kerja pembaikan keretakan aktif ini hendaklah didahului dengan mengenalpasti punca sebenarnya, jika tidak keretakan masih juga berlaku selepas pembaikian dilakukan. Arah keretakan juga memain peranan yang penting bagi mengetahui atau memilih kaedah pembaikian yang sesuai. ’Longitudinal cracks’, mendedahkan tetulang keluli kepada pencemaran dari persekitar bagi membolehkan proses pengaratan berlaku. ’Transverse cracks’ yang berlaku mungkin serius mungkin tidak, ianya bergantung kepada lebar keretakan, lokasi atau kawasan yang terdedah kepada persekitaran. ’Diagonal cracks’ adalah berpunca dari kegagalan ricih dan keretakannya terjadi secara tiba-tiba. ’Randoms cracks’ biasanya tidak berbahaya melainkan keretakannya disebabkan oleh kebakaran atau kemusnahan oleh tindakan kimia di dalam konkrit.


Pemantauan terhadap keretakan


Keretakan biasanya tidak berbahaya kecuali disebabkan oleh pengaratan keluli. Jika keretakan halus yang berlaku, kerja-kerja pembaikian tidak perlu disegerakan. Kerja-kerja pemantauan sangat-sangat diperlukan terutamanya bagi keretakan pada asas bangunan. Pergerakan keretakan boleh dikesan dengan menggunakan alat ’glass tell-tales’. Keretakan yang disebabkan oleh struktur lemah atau tekanan suhu menunjukkan perubahan yang ketara dan memerlukan pemantauan yang teliti terhadap keretakannya. Jika struktur konkrit mengalami kemusnahan yang teruk, pemantauan terhadap keretakan akan memberikan peringatan bahawa kerja-kerja pembaikian hendaklah dijalankan dengan segera. Kaedah alternatif untuk mengukur lebar keretakan ialah dengan menggunakan alat ’demountable mechanical gauge (Demec)’. Kesan terhadap tindakan suhu dan perubahan cuaca adalah diambilkira.


KERJA-KERJA SAMBUNGAN BANGUNAN
A. KEHENDAK MAJLIS PERBANDARAN DAN BY LAW


1. Simpanan Jalan - Rujuk Jabatan Perancang Negeri atau Majlis Perbandaran

Jarak Building Line/ Roof Projection Line 

Pembinaan

1. 20'-0" 
Apabila berhadapan dan bersisian dengan Jalan 40'-0" kecuali rumah kos rendah

2. 10'-0" 
Jarak dari dinding ke perenggan lot

3. 6'-6" 
Roof Projection ke Perenggan lot

4. 4'-0" 
Binaan terbuka, terrace, porch, berhadapan dan persisian Jalan 40'-0" (temporary structure)

5. 2'-0" 
Binaan terbuka, terrace, open shed dibelakang dan persisian Jalan 20'-0" atau 15'-0" (temporary structure)

6. 15'-0" 
Antara sebuah rumah dengan rumah yang lain biasanya rumah-rumah kampung

7. Tiada Jarak Simpanan Tambahan di rumah terrace dibenarkan hingga ke back dan side lane

Catatan:

Hendaklah menyediakan Exause Fan di belakang jikalau tambahan kitchen yang tidak memindahkan bath/w.c

 Mengadakan vent pipe di setiap Toilet



B.KANDUNGAN PELAN



1.Floor Plan

Ukuran skil 1/8" - 1'-0" mencatat ukuran-ukuran dengan tepat, dotted line bagi bahagian-bahagian untuk kerja-kerja demolished, deleted arched , existing structure

Tunjukkan ; Floor Trap dan 2" Drop di Bath Room dan Toilet

P.C vent pipe di W.C

Septic Tank, Super Septic, Waste Sump, Manhole, Conc. Drain dan P.C Slab Conc.

Jenis lantai di tiap-tiap bahagian dimestikan mosaic di lantai W/C dan Bath Room

Garisan Section contoh Section A-A. B-B

Menamakan bahagian contohnya Bed Room, Living dan lain-lain.

Kitchen, sink discharged ke waste sump

Jenis dinding, tiang, tingkap, pintu dan railing.

Spesification / Notes.


2.Elevation


Front, Rear Side Elevation (Left & Right)

Tambahan belakang cuma tunjuk Section dan Rear Elevation.

Tunjukkan Vent Pipe, Gutter, jarak dari Roof Eve ke perenggan lot jikalau dinding bangunan ke perenggan lot kurang dari 10'-0"


3.Cross Section:


Bagi bangunan baru sekurang-kurangnya 2 section
Tambahan : 1 Section
Ukuran Ketinggian; Ceiling Level, Floor Level, Ground Level
Tunjukkan ; Water Tank, Kecuraman Bumbung (Degree of Pitch)
Roof Constructrion ; Saiz Rafter, Purlin, Battern, Strut, Wall Plate Tie Beam
Jenis bumbung; Tiles , Asbestos, Zink dan Metal
 Jenis Ceiling; Asbestos, Solf Board dan Plaster Ceiling


4.Site Plan


Skala yang digunakan ialah 1/2 chain = 1 inci
Menunjukan jarak bangunan dengan perenggan
Jarak tengah jalan ke banguan
Garisan Bangunan (Building line)
Lebar jalan sediada, depan, belakang dan tepi
Luas bangunan lebar dan panjang
Jarak Septic Tank tidak kurang dari 40'-0" dari jalan depan.
Menunjuk Parit, Septic Tank, Manhole, Pagar Culvert, Drive way
Mencatat nombor rumah sediada yang hampir nombor-nombor berdekatan.
North Point Arrow. Lot no. Geran No. Mukim, Daerah dan Skil yang digunakan
Proposed Arrow


5.Key Plan :


Skala yang digunakan 2-4 Chain = 1 inci
Bisanya diambil dari sheet pejabat ukur
Nombor-nombor lot berdekatan
Nombor tiang TNB dan Telekom
Jarak dari Pusat Bandar
North Point Arrow dan Skill yang digunakan
Proposed Arrow


6.Location Plan


Skill yang biasa ialah 8 chain= 1 inci
Menunjukan Bandar atau Pekan-pekan, Nama Jalan/Lorong, Land Mark, Sungai dan Rail way
North Point Arrow dan Skill
Proposed Arrow


7.Septic Tank, Super Septic Tank, Manhole Detail Plan


Mengikut Standard Majlis dan tambahan saiz yang dicadangkan

8.Diagramatic Plumbing Plan

Menunjukkan pemasangan paip-paip air dan water tank di dalam bangunan



C.MEWARNA PELAN



1.Bangunan Baru


a.Merah :Keratan Dinding Bata, Mosaic, Bumbung Genting, Boundary Lot dan Proposed Lot

b.Hijau : Lantai Konkrit, Hardcore, Foundation, Bumbung Asbestos

c.Brown : Pintu Kayu, Frame kayu, Fascia Board, Roof Construction (kayu)

d.Biru : Cermin, Parit , Deleted 

e.Purple : Bumbung atau dinding Sink, Metal, Pintu Besi, Grills, Tiang Besi, Pagar Besi, Water Tank, G.I Sink


2.Bangunan Tambahan


a.Merah : Semua Bahagian Tambahan

b.Biru : Bahagian untuk demolished


3.Pelan R.C


Hendaklah dilukis oleh Jurutera yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran / Dewan Bandaraya. 4 Set Plan hendaklah di masukkan bersama-sama Bayaran Perkhidmatan.


BAGAIMANAKAH MENDAPATKAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN


Permohonan-permohonan mendapatkan kelulusan pelan bangunan rumah sesebuah atau tambahan / pindaan

Tujuan

Untuk kawalan pembangunan dan perancangan yang teratur di sekitar Majlis Perbandaran bagi jangkamasa panjang. Semua binaan hendaklah mendapat kelulusan majlis. Ia perlu bagi memastikan :

 Penyeragaman sebarang kerja pembinaan atau Tambahan/Ubahsuai bagi pemilik-pemilik bangunan di kawasan Majlis Perbandaran.


ADAKAH ANDA LAYAK MEMOHON ?


Ya, sekiranya anda

 Mempunyai tanah milik sendiri (nama anda tercatat dalam geran tanah berkenaan)

Jika nama anda belum dimasukan ke dalam geran tanah, dokumen perjanjian jualbeli yang disahkan oleh pengamal undang-undang boleh diterima

Syarat nyata tanah adalah bangunan (pemilik tunggal) atau pertanian (milik bersama)

Menyewa tanah orang lain hendaklah mendapat perjanjian persetujuan yang sah dari tuan tanah

Andainya tanah adalah milik bersama, maka persetujuan dari kesemua pemilik hendaklah diperolehi.




BAGAIMANA MEMOHON


Sekiranya anda bercadang membina sebuah rumah pelan, cadangan hendaklah disediakan oleh :

Arkitek berdaftar
atau
Pelukis Pelan Yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran
(Senarai pelukis pelan boleh diperolehi di Majlis Perbandaran)
Had Bangunan tidak melebihi 2 tingkat dan tidak melebihi 300 meter persegi keluasan lantai
Arkitek atau Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar ini hendaklah dipilih dan dilantik sendiri oleh pemilik dan akan berurusan dengan Majlis Perbandaran bagi pihak pemilik




APAKAH DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI


Permohonan boleh dibuat dengan datang sendiri ke Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran serta mengemukakan Borang A yang diisi lengkap beserta kiraan yuran pelan dan dokumen-dokumen seperti berikut :-

Bagi Cadangan Bangunan Baru / Tambahan Dan Pindaan

Salinan resit bayaran Cukai Taksiran terkini

1 salinan geran tanah (atau apa-apa bukti hak milik)

4 set pelan bangunan yang lengkap ditandatangani serta dilipat satu persatu kepada saiz A4 ( 1 set dibuat di atas linen dan 3 set di atas kertas) kesemuanya hendaklah diwarnakan.

Surat persetujuan pemilik bersama tanah dan disahkan oleh pengawal undang-undang, Penghulu atau Pesuruhjaya sumpah.
Mengikut akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan Di bawah seksyen 42 (1), Kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Majlis Perbandaran hendaklah didapati untuk meletakkan bahan-bahan binaan bangunan.

Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan anda didakwa di bawah seksyen42 (3) yang membawa denda tidak lebihRM 1 000.00 dan denda tambahan tidak lebih dari RM 100.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas 24 jam menerima notis secara bertulis dari Pihak Penguasa Tempatan Majlis Perbandaran, untuk membuang bahan-bahan itu.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tambahan Haram?

Mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 di bawah seksyen 70 Sub- Sek(16)

Yang dimaksudkan dengan bangunan, tambahan dan pindaan haram ialah sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa mendapat kelulusan secara bertulis dari Majlis Perbandaran 

Kegagalan mematuhi syarat boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10 000.00 dan denda tambahan sebanyak RM 250.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan. Ia adalah mengikut Seksyen 70 (13) Undang-Undang Malaysia Akta Jalan, Parit dan Bangunan Akta 133



BAGAIMANAKAH BAYARAN PELAN DIKIRA?


Berdasarkan keluasan lantai

Berdasarkan bilangan pemasangan alat kebersihan seperti tandas, basin, sink dan lain-lain.

Contoh kiraan :

Bagi cadangan bangunan baru

Encik Ali bercadang membina sebuah rumah banglo 2 tingkat dengan keluasan lantai 204 meter persegi

Tingkat Kiraan Luas Kadar Jumlah
(PxL) Meter 
Persegi


Bawah 12 x 9 108 RM 7.00 RM 84
Bagi 9 meter persegi
(min RM 70.00)

Atas 12 x 8 96 RM 6.00 Rm 64.00
Bagi 9 meter persegi 
(min RM 60.00)

A. Jumlah kecil = RM 65.00

B. Bayaran Pemeriksaan sistem Kebersihan = RM 25.00
Jumlah Yuran Pelan Dikenakan = A + B
= RM 90.00


DI MANAKAH PERMOHONAN DISERAHKAN?


Borang yang telah siap diisi beserta dengan kiraan yuran pelan dan dokumen lengkap boleh diserahkan terus ke Jabatan Pelan Bangunan, Majlis Perbandaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...